SAHABAT itu KAU


assalammualaikum .

mungkin ni luahan hati yang tak seberapa tapi ianya dibuat ikhlas untuk seorang sahabat yang sebenar.
semoga Allah rahmati kau wahai sahabat.
okay tadi baru lepas belek-belek entry semua kawan kawan UTHM ni , and then hati tergerak nak bukak blog alia , and yess , kuasa Allah memang gerak hati tu kuat dan benar . ada entry pasal nana dalam tu . Ya Allah entry tu dah lama and nana baru perasan . serta merta airmata ni menitis . hanya Allah yang tahu macam mana teharunya , walau entry tu ringkas tapi dah cukup buat hati ni sayu dan airmata ni menitis.




alia maaf , aku baru baca entry tu , walau sikit pasal aku tapi dah cukup buat aku sebak . alia kau kawan aku paling lama aku kenal dekat UTHM ni. selama aku berkawan macam macam ragam aku jumpa tapi kau tetap dengan aku walau macam mana sekalipun sikap dan perangai aku kau tetap dengan aku ,



dari aku jahil, tak pakai tudung sampai aku pakai tudung . aku ingat lagi kau orang pertama yang aku bagitahu hasrat hati aku untuk bertudung sepenuhnya , waktu tu aku ingat lagi kau hug aku :(
i will never forget it forever . macam macam dah kita cerita dan kongsikan , 
kau jugak kawan aku yang tahu semua masalah aku , ada dengan aku dekat UTHM ni bila aku sakit, bila aku menangis dan bila aku perlukan kekuatan untuk aku hadapi hari hari aku dekat sini .



mungkin orang lain tak nampak benda tu tapi kau adalah penguat aku sebenar nya , kau ingat lagi tak waktu aku nekad nak berhenti belajar sebab kawan kawan aku tu . kau jugak la yang 24jam ada dengan aku untuk yakin kan aku apa yang aku buat tu salah , kau yang dengar aku membebel merajuk menangis mengumpat semua dengan kau , tak pernah pon aku terasa hati walau sikit dengan kau sebab aku sayang sangat kau.



aku jahil balik , aku bukak tudung aku balik , and kau orang paling aku takut nak jumpa , tapi kuasa Allah , dia tunjuk jugak kejahilan tu pada kau , kita terserempak ,aku malu dan takut , tapi waktu tu aku bodoh , takut pada kau tapi tak takut pada Allah , dengan nama Allah waktu kau tegur tu aku takut sangat , aku balik aku fikir , aku tak nak kehilangan kawan baik aku , kawan aku tak ramai , tak ramai macam kau , sikit demi sikit aku cuba ubah , Alhamdulillah :) kali ni aku dah nekad akan bertudung sepenuh nya , kali ni insyaAllah alia , aku buat bukan sebab sesiapa , aku buat sebab Allah , walau susah namun aku cuba



aku bersyukur pada Allah sebab dia hadiahkan aku kau , sahabat yang tak pernah menyakitkan hati aku , sahabat yang cuba untuk menegur aku tapi dengan cara yang baik dan kau yang cuba membawa aku kembali ke pangkal jalan islamku , terima kasih alia , kau sahabat dunia akhirat aku . mungkin kau bukan kawan aku yang pertama jadi sahabat namun kau antara yang terbaik aku ada.



Allah tu hadiahkan kau untuk aku supaya aku dapat kuat dan sabar jalani hari aku dekat UTHM ni , mungkin bukan selalu kau ada dengan aku namun setiap kali jumpa pasti kata-kata kau penguat semangat aku . buat aku kuat . kau ibarat pembimbing aku yang menarik aku supaya aku tak jauh dari Allah .subhanAllah besar kuasa Allah .aku berterima kasih sangat sebab dia berikan kau pada aku sebagai sahabat .aku harap ikatan persahabatan ini takkan terpisah sehingga kesyurga :) Amin .insyaAllah .




“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” 
(Hadis riwayat al-Hakim)

6 comments:

  1. ini ALIA, kenapa masukkan gambar aku yang buruk haaa? kenapa? tapi tapi tapi tapi tapi... baca banyak mana pun. ia buat aku terharu. Terima kasih. TERIMA KASIHHHHHHHHHHHHHH! *HUG*

    ReplyDelete
  2. Sweetnya. Terharu baca plus dengan background musik yang sedih. :'D

    ReplyDelete