aiskrim goreng

assalammualaikum.
hey hari tu rajin bebenor aku buat ice-cream homemade kan.
then suddenly aku terfikir aiskrim goreng pun enak ni petang-petang.
apa lagi balik je dari office terus mak jemah buat okay uolls.

tapi aku xsnap sangat pun gambar . so korang baca step ni dengan teliti k . inshaAllah korang boleh buat jugak :)


bahan-bahan

-aiskrim
-roti gardener or adik beradik dia. (asalkan 4 segi tu yea)
- cawan or bekas minuman yang berbentuk bulat . (aku guna cawan ikea je. nanti comel je jadinya)


cara-cara nya:

*korang ambik satu helai roti tu (tu dia helai hambek kau. mohon di ignore bahasa tak berapa nak melayu tu)
*letakkan sesudu or ikut suka korang aiskrim tu asalkan tak melimpah. (make sure aiskrim korang xcair k . nak buat baru keluarkan dari fridge)
*then letak lagi satu keping roti atas roti yang dah ada aiskrim tadi.
*ambik cawan then korang tekap la atas roti yang ada aiskrim tu. tekap or in english press until roti tu tercabut or tertanggal and jadi bulat . tekan dengan kuat tapi berhati-hati tau.
*dh siap buat bulat-bulat. masukkan dalam plastik and letak dalam fridge. aku biarkan dalam fridge dalam sehari. baru aiskrim dalam dia keras even dah goreng.


hah nampak tak tu . cawan,roti and hasil apabila roti ditekap. sorry tak ambik gambar satu-satu. aku xterfikir nak upload untuk blog. 


cara memasak:

okay nak masak aiskrim goreng ni sangat lah senang tapi make sure tak hangus and terlebih minyak k . korang letak minyak and biar dia panas sepanas yang boleh. then letak perlahan-lahan aiskrim yg frozen tu. then korang terblik balik kan je dalam 2 3 minit sampai warna dia coklat cerah (macam dekat bawah tu).
then angkat lah toskan dan sedia untuk di ngapppp . yeehaaa :D

hah senang kan ???
selamat mencuba :D

Ni aku punya aiskrim goreng. yang ni gambar dh nak habis makan baru teringat nak snap. heheheh


#airtangandynsrf,
DEE.

No comments:

Post a Comment