terlalu lama

kalau boleh aku luahkan semua . mungkin tak cukup kertas sebuku.
kalau boleh aku tenung masa depan, pasti tidak aku terduduk disini sambil berteluku.
cerita kalau ni hanya penyedap hati yand penuh dengan sendu dan kata tipu.

sikit sikit aku cuba berdiri balik,
tapi yang aku jumpa hanya lubang lubang kecil.
lubang yang menghalang aku melangkah dan berdiri.

kalau esok aku tahu apa akan jadi pasti tidak aku sesedih hari ni.
tapi Janji Allah tu pasti. disebalik kesedihan ini pasti ada kegembiraan yang tersembunyi.

aku lemah selemah nya namun aku cuba berdiri untuk kuat.
aku lumpuh selumpuh nya . namun aku cuba merangkak walau setapak.

dalam aku jatuh aku masih ada mereka yang berdiri tepi dan hulurkan tangan.
jerit suruh bangkit dan bangun. hulur tangan tanpa penat. sentiasa ada waktu aku tenat.
kadang aku sahut tangan tu tapi sampai bila.
malu untuk sentiasa menerima dari memberi.
hinanya aku kerana tidak memberi dan hanya menerima.
KAWAN ! hanya syurga aku pohon dari DIA untuk kau .

lumpuh aku tu umpama lumpuh nya satu nakhoda kapal!
yang bertarung tanpa layar dikibar,
namun masih mampu bertahan ditengah lautan.
jauh nya beribu batu namun masih berjuang untuk sampai ke daratan.


Ya Allah kau bantulah keluarga ku. hanya itu aku pohon.
walau aku jauh disini tapi hati dan fikiran aku disana.
tanggungjawab tu akan aku pikul walau aku lumpuh dalam diam,
walau aku sakit dalam sedu takkan aku lupakan keluargaku.
pengorbanan kecil ni tidak dapat tandingi ma dan ayah yang bertarung.
bertarung untuk aku sampai kesini.
Ya Allah, aku pohon kau kuatkan ma ayah ku dalam semua keadaan ni.


wahai hati.
kau terhebat pernah aku miliki.
kau terkuat dalam diri.
kau hero diri ini.
bersyukur nya aku punya kau yang sentiasa menemani,
kuat lah kau untuk hari-hari esok wahai hati.
kerna kau punca aku berdiri dan cuba untuk berlari.

wahai senyum dan tawa.
bertahan lah kau sedikit lagi.
ketawalah engkau walau hati sepi,
ada hikmah yang menantimu esok hari.
cubalah kau ketawa sekuat hati,
supaya mereka tidak datang dan menangisi.


aku kuat .
aku tahu aku kuat,
aku kuat memendam,
walau tak sekuat orang menangis dalam senyap,
tapi aku cuba memendam,
supaya aku kuat untuk menendang semua masalah dan dendam.
dendam pada dunia yang tak pernah putih.
sentiasa hitam.
kerna aku bukan manusia yang  berdendam.

aku hanya aku .
walau sendiri . walau seorang diri .
aku hanya aku
yang terlalu lama menyembunyi rasa dihati.


aku hanyalah aku yang terlalu lama bersembunyi.
disebalik senyum yang tak pernah diteliti.


dynsrf.




No comments:

Post a Comment