monolog perempuan

pabila kecantikan itu dimamah usia,
sedikit demi sedikit kau hilang rasa.
pabila kecantikan itu hilang nya berganti tiada,
kau terus pergi tanpa menyapa.


kini segalanya telah aku jumpa punca,
punca kau hilang rasa.
punca kau pergi dari jiwa.



ya aku perempuan yang dimamah usia,
perempuan yang hilang kecantikan nya,
perempuan yang tiada serinya,
perempuan yang kini hodoh hariannya,
perempuan yang dirobek hatinya,

dirobek oleh kecantikan perempuan lain yang kau suka.
di biarkan terluka dan sengsara.
tanpa kau cuba untuk memujuk jiwa.
jiwa seorang perempuan yang kau pernah cinta,

kini aku jumpa segalanya.
segalanya yang meruntum jiwa,
jiwa nipis yang berderai ibarat kaca,

jauh aku akan pergi tinggalkan segalanya,
supaya kau lupa akan aku yang dimamah usia.


namun ingatlah aku walau seketika,
aku yang pernah menjadi perempuan yang jelita,
yang pernah kau curi hatinya,
walau hanya seketika,
ia mampu membuat aku gembira.


ingatlah aku . walau hanya seketika.




takkan pernah aku lupa, kau memanggil ku dengan nama jelita.



dynSRF.


No comments:

Post a Comment