mungkin kau lupa



dulu dikata orang begitu begini,
kini kau menangis seorang diri,

kan manusia hidup nya berjalan sepanjang masa,
jangan kau lupa pasti masa nya kau terima,


satu titik ditolak,
lima titik ditambah,
titik baik titik buruk itu kau punya kuasa,
kuasa menentukan panjangnya masa,
masa kau menjadi manusia.


jangan mendabik dada andai kau rasa kau berjaya
jangan berduka nestapa andai kau rasa kau derita.
manusia lumrahnya sama,
cara menghadapi nya saja berbeza.

jangan lupa kita hanya manusia biasa.
manusia yang tak pernah lepas dari melakukan salah dan itu biasa.



manusia...
ya itu kita.



dynSRF



No comments:

Post a Comment