duka

yang hilang bahagia itu aku
hilang ketawa, hilang senyum, hilang seri nya,

itu aku,

setiap hari hati aku diragut perasaan dan jiwa aku,
perasaan yang telah hilang bahagia nya itu aku,
yang hilang seronoknya itu juga aku,

yang hanya hati ini tahu, aku sudah hilang segalanya,

kawan, hidup, keluarga, masa dan semuanya.

satu persatu direntap dari jiwa seorang manusia yang alpa.

yang alpa itu hati dan jiwa,



tiba masa kau akan punya rasa penat dengan segalanya.
waktu tu baru kau tahu mana manusia mana celaka.




 akan sampai satu ketika kau tak mahu bangkit dari lena,
kerana dunia penuh duka dan sengsara.

dynSRF

No comments:

Post a Comment