jatuh nya semangat diri

kadang aku sedih bila ma tak nampak usaha aku .
kadang aku menangis sendiri bila ayah pandang rendah kerja aku.

seorang kerani biasa .
yang gaji nya paling rendah dalam keluarga,
yang cerita nya hanya angan angan semata.
yang masa nya banyak dihabiskan dengan dunia.
yang pada mereka hanya gemuk dan tak berharga,

kadang aku rapuh bila dipersoal setiap impian aku yang aku angan .
ingin membeli rumah untuk ma, membeli kereta untuk ayah, membelikan pakaian dan memberi kemewahan untuk keluarga,

kadang dikata nya angan angan aku tinggi.namun itu semua hanya angan angan.
takkan kemana kerna aku manusia yang takkan berjaya kerana suka berangan,

mungkin mereka lupa . aku juga anak yang punya impian menggunung.
punya cita cita yang mereka tidak pernah tahu.
yang aku impikan untuk keluarga.
aku letak mereka yang paling teratas,
mungkin tak perlu aku tunjuk
namun disetiap tingkah aku pastinya ma ayah yang pertama dalam ingatan.

setiap kali aku rapuh . aku ingat semua ni untuk mereka,
aku lakukan untuk mereka.


pabila hidupnya aku dirumah.
dikatanya aku pemalas . dikata nya aku tak reti itu dan ini.

pabila aku mintak untuk hidup jauh dari mereka.
dikatanya aku tidak sayangkan keluarga.
aku nak tinggalkan keluarga.


aku? tersepit ditengah
aku hilang suara untuk mempertahankan diri.
hilang semangat untuk membuktikan diri aku mampu berjaya.

sedih !
hati ini tiada tempat untuk bercerita.
tiada semangat untuk bersuara.
untuk mempertahankan diri yang aku juga ingin berjaya .
tidak mampu berdikari dan buktikan aku manusia yang ingin membahagiakan mereka.


andai masa itu tiba,
aku cuma mahu ma ayah tahu aku lakukan semua nya untuk mereka.
untuk aku balas semua jasa mereka.
untuk setiap keringat membesarkan aku
untuk setiap sabar dan kepayahan mendidik aku.

walau sikit , namun aku usaha .
walau lambat ,  namun impian aku tinggi untuk membuat mereka bahagia,

abaikan kan sedih kecewa aku,
yang penting ma ayah bahagia .


aku bukan anak yang boleh diharap namun aku usaha untuk buat ma ayah nampak aku ingin membalas jasa. pinta ku hanya satu. jangan lupa aku juga seorang anak yang ma ayah punya. 


dynSRF
25/05/2015
2:36ptg


No comments:

Post a Comment