kau tahu apa paling sakit ?
kau suka orang yang tak suka kau .
kau cinta orang yang benci kau .

kau bertepuk sebelah tangan .
kau tak mampu luah, kau mampu tengok dan pendam.

kau tahu tak tu sakit ?
walau mulut kau kata kau percaya pada jodoh,
walau tutur kata kau bilang kau tak berharap,

semua tu tipu.

KAU TUNGGU ! kau HARAP dia jodoh kau.
kau sanggup tunggu walau hakikat kau dah tahu dia tak mungkin untuk kau.

kau tahu tak tu SAKIT ?
hati tu sakit. sebab bertepuk sebelah tangan.
kau kalah dengan rupa paras,
kau kalah dengan kebaikan,
kau kalah dengan dosa semalam,

DIA MEMANG TAK AKAN NAMPAK KAU .
sampai bila-bila


kawan kau cakap lah seribu perkataan sekali pun.
diorang hasut la kau macam mana sekalipun
kau tak boleh buang perasaan suka sayang cinta tu

aku tanya diri aku . kenapa mesti kau ?
kenapa mesti kau yang aku suka aku cinta aku sayang ?
kenapa kau yang aku letak dalam jiwa aku ?
kenapa kau yang aku sebut dalam doa aku sepanjang masa ?


aku tak punya jawapan.
yang punya satu perasaan ,

SAYANG,

makin hari kau makin jauh,
aku makin sakit dengan perasaan sendiri,
makin hari kau makin pudar dari mata aku .
tapi perasaan makin kuat .

aku cuba benci kau,
tapi sayang yang datang .

apa aku mampu buat sekarang ?
sabar dan doa.
Allah tolong aku lenyapkan semua rasa,

tapi aku doa Allah buat kau nampak aku yang tidak punya apa-apa
cuma seorang manusia yang cuba berubah jadi yang tuhan suka.


AKU SUKA KAU ! KALAU MAMPU AKU LUAH !
TOLONG LAH TAHU . Aku mula sayang kau .


setiap kali aku nampak kau,
aku tak mampu untuk jadi yang kau suka.
aku cuba diam dan kawal diri aku dari tengok kau,


benci aku dengan diri aku,
yang tak reti bahasa ,
benci aku dengan hati aku
yang tak boleh keluar dari rasa sayang


aku cuma harap kau sedar,
yang aku suka kau .

walau kita tak boleh berdepan dan tersenyum bersama.
aku mohon kau tahu,
aku sudah mula suka,
sejak hari pertama aku kenal kau yang bernama manusia.



4bulan tak beramah bertegur sapa, bergurau senda,
aku mohon tuhan kuatkan hati aku,
untuk 80 hari yang mendatang.

untuk kau manusia yang makin jauh dari mata,
DEE_


No comments:

Post a Comment