TRIP TO SABAH PART2

assalammualaikum. and hey guys , i'm diyana and welcome to my blog. hahaha

lama ke tunggu next entry untuk trip to sabah part2 ni ? sorry sorry ibu ibu bapak bapak . 
busy sangat ni . sebab tengah buat preparation untuk next trip. yang lebih adventures and lama. insha Allah kalau Allah permudahkan aminn. 

okay ayuh kita terus ke misi utama kita . 

RM600 DAN APA ANDA BOLEH LAKUKAN DI KOTA KINABALU?

okay kita ada baki lagi rm 246.70. So jom kasi perabih bajet kita okay. 

5 ogos 2015(RABU)

plan asal sebenarnya nak pergi pulau tapi sayang nya KK hujan lebat waktu ni. so kitorang decide untuk pusing-pusing KK je la . mana nak pergi ? masing-masing blur. so aku decide untuk ke tempat yang ayah bawak kitorang satu family dulu. 

KARAMBUNAI 
dulu waktu aku pergi hotel ni cantik lagi. so aku pun nak la bawak kawan2 aku tengok kecantikan hotel ni tapi sayang nya dah down habis la. dorang tak jaga kut. kitorang ambik gambar dekat laut dia je. boleh la dari takde pape kan. ni nak perabih masa je sebenarnya. 




pergi sini untuk ambik gambar je . boleh la dari tak de pape input kan . plus free je sini. HAHAHA . 
minyak kereta isi semalam pun ade lagi.  on the way nak balik KK sekali hujan jugak . so masing-masing decide nak balik bilik je. 

TAPII...... aku bertuah sebenarnya sebab ada kawan dari UTHM yang volunteer nak jadi tour guide kitorang dekat sini. and nak bawak aku and yang lain makan makanan pelik dekat sabah ni. 


TANJUNG ARU
pisang hijau : rm 5.00 / chicken wings : rm 1.50/pcs
sedikit ulasan: tanjung aru ni tempat orang tengok sunset , lepak makan chicken wings sedap gila. haahahah . aku addicted kut dengan chicken wings dia sampai balik KL cari sama macam tu. 



taraaaaaa . thanks to Afiq sebab sudi nak bawak kitorang jalan-jalan KK . tapi sayang nya KK hujan waktu ni. so dia bawak kitoang pusing-pusing time hujan jela.  first pitstop kitorang afiq bawak makan pisang hijau . apekebenda pisang hijau tu ? taaraaaaa....


pisang hijau ni macam ABC cair yang ada nestum , milo and dia letak kuih ketayap inti pisang dalam nya . hah ??? tak pernah makan kan kan kan kan ?? aku pun first time makan . sedap wei . serious. aku suka sebab dia manis. 

lepas lepak borak borak bagi hujan berhenti afiq bawak kitorang pi makan chicken wings plak . serious ni pun sedap wei. rambang mata kau nak pilih mana kedai yang sedap. sebab aku tengok semua sedap je. so aku pilih kedai akak ni. akak ni pun peramah . 


selain chicken wings, dia ada jual bontot ayam and etc. hahaha . sate pun ada gak . aku and alia beli chicken wings je. sebab tu paling nampak mengiurkan . perghh. hahahaa

okay misi kitorang diteruskan dengan upacara kemuncak aku rasa . apa kemuncaknya ??
 SHOPPING LAAAAAAA. aku dah pernah datang so aku tak rambang mata sangat. alia dengan adik dia punya rambang mata . perghhh . nangis tengok duit jadi rama-rama. hahaha


 PASAR PHILIPPINES
brooch : rm 15keatas / kuih cincin : rm 5.oo / udang kering : rm 30.00 1kg

sedikit ulasan : kalau nak beli barang, try start dari kedai belakang-belakang. and jangan percaya harga dekat kotak. kau tawar lah sampai dia buat muka. hahahha . sebab trust me, harga sebenar murah je wei. serious murah . aku tawar dari harga asal rm100 dapat rm15 okay. so aku boleh korang mesti boleh, chaiyookk !!


orang tu turunkan la semua jenis brooch dia ada . aku beli 1je pun. kesian akak tu. tapi aku salute dorang sebab dorang sangat friendly and baik. sabar je dengan kerenah pelanggan macam aku yang banyak cakap plus cerewet ni. ahhahaa


akak tu cakap ni katak yang diawetkan , aku tak sure la betul ke tak yea, tapi still geli wei., hahaha




muka excited cari nak shopping. HAHAHA

Afiq teman kitorang dari tengah hari tu sampai ke malam. kesian dia . dah la siap kena angkat beg shopping kitorang. kesian dia. 




ikan kering , udang kering, ikan masin antara benda yang korang boleh jadikan sourviner untuk ma korang yang suka masak tu. udang kering dia dalam rm30.00 sekilo. okay la kut. ntah la aku tak reti sangat rate ni. 


WAJIB BELI !!!! kuih cincin okay . dalam beg tu 20 packs kuih cincin aku beli untuk officemate . fair and square bagi sorang satu. Alhamdulillah ada rezeki lebih so dapat belikan semua yang niat nak beli . dapat la bagi sorang satu . :) 

so dari kol 9 pagi keluar sampai pukul 10malam . gila kaki aku kuat nyaaa dia, hahahah . then dinner afiq bawak kitorang try makanan simple je tapi sedap jugak wei. korang pernah dengar tak nasi katok


ni la nasi katok . rm 5.00 . macam nasi bujang jugak la beza dia ada ayam . wei kau jangan pandang ayam tu sebelah mata wei. sedap kut . lagi sedap dari ayam KFC . aku tak tipu la wei. pergi cuba kalau tak percaya . hahahahaha


dah dapat ape nak dah kenyang so ape lagi balik hotel tidur la. weii esok nak balik KL dah. sedih nyaaa. 

6 ogos 2015(KHAMIS)

last day dekat KK . nak balik KL dah . so pagi-pagi dah keluar, sebab nak pergi pulau. actually hari ni pun KK hujan jugak tapi misi perlu diteruskan. 

thanks Celyn City Hotel untuk penginapan yang super selesa buat kami. suka sangat . serious lepas ni nak repeat lagi tidur sini.

breakfast dekat hotel then check out terus ke JESSELTON POINT

TUNKU ABDUL RAHMAN PARK (JESSELTON POINT)
Sapi Island : RM 20.00 (ticket) / rm 20.00 (snorkelling equipment) / rm 3.00 (sapi island fee)

sedikit ulasan: Guys , ini serious eh , kalau kau nak murah , kau suruh kawan-kawan kau yang cantik-cantik sikit pastu pergi dekat kaunter yang dijaga oleh abang-abang yang agak gatal . hahaha . dapat murah wei . serious . aku sebenarnya dah tak ingat berapa fee actual tapi yang aku tahu kitorang punya paling murah sebab abang tu sibuk gatal nak no phone bagai . tapi advantage dekat kitorang sebab dapat murah . Alhamdulillah . Allah permudahkan . beauty with brain i guess, hahahaha gunakan bila perlu je okay, 



gadis-gadis yang berjaya menambat hati abang kaunter, silap kalau bagi no phone dapat free kut. HAHAHA . nasib kitorang tak gedik sangat, 




ni muka masing-masing tengah confident dengan boat . hakikat nya ? 5minit lepas tu masing masing separuh mati. hahahaha . boat nak terbalik bagai . ahhahaha . pengalaman wei. boat nak terbalik. masing-masing nak nangis dah waktu tu. 




Alhamdulillah selamat sampai SAPI ISLAND. muka akak still confident, walau akak dah test vokal ning baizura dekat dalam boat tadi. AHHAHAAH . 

dugaan dekat sana. smapai je Hujan turun dengan lebatnyaa . Ya Allah worst part is waktu tukar baju dengar dorang cakap ade boat terbalik tengah laut . ya Allah takut wei. tapi dah sampai kan. mampu doa Allah lindungi kitorang je la. 

so hujan berhenti kitorang pun start la misi mencari nemo. 

dapat tengok nemo tapi tak dapat tangkap gambar sebab iphone aku xbleh masuk air.

P/S: thanks to abang scuba diving yang bagi free session dekat kita, sorry sebab lupa nak tanya nama. serious abang tu baik. dia tolong kitorang dari awal sampai habis sampai nak balik okay. dia guide kitorang, bawak pergi tengok nemo. ajar berenang . serious best wei, thanks to Allah sebab permudahkan semua nya . and kitorang enjoy sangat. 




baru lepas hujan so air keruh, kalau tak clear wei. 







Dah nak balik dah . waktu ni sedih jugak la sebab percutian dah habis . semua misi dah dilaksanakan . so its time to say good bye KK. 

maafkan tudung akak yang dah buat muka bentuk macam telur tu. hahaha

boat kitorang paling power . semua power . boat nak terbalik pun boleh gelak lagi masing-masing, siap suruh repeat . memang gila la korang. 


Alhamdulillah safely arrived . Boat laju gila siap main lumba-lumba dengan boat lain. 


so maka dengan itu berakhirlah percutian kitorang. waktu balik tu afiq and kawan-kawan dia hantar kitorang sampai airport. kitorang sempat la lunch sama-sama. thanks semuaaaaa. 





waktu ni nak balik dah. Singgah makan dekat kedai semalam . sebab nak makan nasi katok lagi tapi takde . so kitorang try murtabak sayur dia . 

kau rasa berapa harga dia ? rm2.00 je klu tak silap. tapi sedap wei. serious.

i guess its time to say good bye to KK . insha Allah panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi. thanks to everyone yang banyak membantu. Thanks Allah untuk kesempatan melihat indahnya ciptaan Mu. 

Sampai KLIA2 kol 12malam. selesai sudah segalanya. 

BAJET KESELURUHAN: 

(3/08/2015)
budget (per person): 
TICKET FLIGHT : RM 120.OO/Return
MEALS: RM15.00 (Nasi Lemak Pak Nasser)
HOTEL: BUDGET HOTEL (somido hotel): RM 32.5O
*(Share 1bilik 2 orang)(RM70.00/ROOM)
KERETA SEWA: myvi 1.3 auto : RM 80/4hari
MINYAK KERETA: RM5.00
*share ber 4

(4/08/2015)
 budget (per person): 
MINYAK KERETA: RM10.00
BREAKFAST: RM 6 (Nasi Ayam/Limau Ais)
RUMAH TERBALIK / 3D ART MUSEUM : RM 31.80
KINABALU PARK : RM 3.00
DAIRY FARM NEW ZEALAND : RM 5.00
DESA ICE CREAM : RM 5.00 / wajib try ! 
MEALS:RM15.00 / KFC 
DINNER (SEAFOOD):RM25.00

(5/08/2015)
PISANG HIJAU : rm5.00
CHICKEN WINGS : rm9.00
BROOCH : rm 20.00
UDANG KERING : rm30.00
KUIH CINCIN 20 pax : rm 100.00
NASI KATOK : rm 5.00

(6/08/2015)
SAPI ISLAND: rm20.00
SNORKELLING EQUIPMENT : rm 20.00
ISLAND FEE: rm 3.00
LUNCH : rm 5.00
MURTABAK SAYUR: rm 2.00
                                                                                                  

RM 572.30

guys , aku still ada balance rm 27.70.


so ni yang aku buat dengan rm 600 . korang macam mana ??


ada satu makanan wajib yang aku tertinggal . ambuyat. so korang wajib cuba okay. aku tak sempat cari . sebab dah nak balik baru teringat.

SELAMAT BERCUTI :)
#ISTANDFORFATPEOPLE






percutian bajet
DEE_





No comments:

Post a Comment