trip bajet BORACAY 2016 part 2

*terlepas part 1? boleh baca dekat sini. click je link tu :)


lepas check in semua. sibuk la duk reply semua whatsapp orang malaysia yang risau pasal kita ni. hahaha teharu sangat. tengah syok-syok reply semua whatsapp ni, tetibe !!! POMMMMMMMMMMMM ...................

BLACKOUT WEIIIIIIIII . can you imagine ? dah la penat ni baru sampai sekali blackout. so semua terputus , wifi yang super laju tu pun putus , nak buat ape ni ? keluar bilik tengok semua gelap. okay . satu boracay ke blackout ? gelap gelita . kita rasa maybe station 2 je yang blackout kut. 

apa nak buat ? takkan nak stay je dalam bilik kan ? decide gagahkan diri siap and keluar sebab nak tengok night life dekat sini. almaklum la , first day excited lagi kan. so digagahkan jugak la berjalan cari pantai dengan berbekalkan lampu handphone. perasaan takut tu kita letak tepi sat . doa Allah jaga.

dari hotel nak ke white beach dalam 5 minutes je . tgok kawasan white beach semua happening gila, dengan fire dances , dengan kehidupan malam yang hmm . paham2 sendiri je la. tapi memang happening. i can say sini lagi hidup malam dia dari phuket. kut . 

*sorry tak ambik gambar sebab waktu ni battery dah flat, plus risau blackout sampai esok so nak kena save. 

jalan-jalan nak cari Halal restaurant , tapi blur tak tahu nak pergi sana .

then i found sorang kakak ni, pakai tudung, dia orang indonesia, datang sini sebab jual barang-barang sourviner.  mostly sini semua yang jual barang orang indonesia. then tanya dia mana halal restaurant semua. dengan dia ade sorang hamba Allah ni. sama-sama meniaga kita rasa , thanks again Ya Allah, sebab kita jumpa hamba Allah yang sangat ikhlas tolong kita. dia bawak kita pergi kedai makanan Arab dekat station 1. its quite jauh sebenarnya sebab time tu kita jalan sampai dekat station 3 . his name , JAMAL , dia bawak kita pergi JANNAH restaurant . kedai makanan arab sebenarnya . kalau korang nak pegi sana , naik tricycle , korang cakap dekat orang tu nak pergi Jannah restaurant near twenty four seven. dorang tahu lah .

 kita jalan dari station 3 nak ke station 1 ni ade la jugak dlm 20minutes. jamal bawak sampai depan pintu kedai okay , pastu kita masuk duduk tengok jamal tu takde dah , tak sempat nak say thanks . tak sempat nak bagi tips,tak sempat nak ajak makan sekali pun. Allahu, terima kasih sangat sebab ikhlas tolong kita jamal. moga Allah murahkan rezeki awak. 

okay back to our story. makanan halal dekat sini of course mahal. hahaha . minority islam kan. hadap yolah.  chicken burger yang biasa biasa je dengan mineral water cost : 185 peso . for me mahal okay, hahahaha . (sila bawak stock makanan dari malaysia)

logo kedai dia macam ni. 

then settle makan , dah macam nak dekat pukul 11 , okay better balik hotel . all of sudden blur . wei nak pergi mana ni ? dah tak ingat jalan balik hotel sebab nya tadi jamal yang bawak . ya Allah macam mana ni ? tawakal . padahal takut sebab gelap. plus tak biasa kan , baru first day kut. 

jalan la dalam gelap tu , cari jalan. tawakal sangat ni sebab nya jalan dekat sana macam hmmm lorong gelap di malaysia. hahaha. lucky me orang sana tak ganggu pun. Dorang cuma pandang je. (nak tahu nape diorang macam tu ? nanti kita cerita yea ). 

jalan punya jalan ade jugak la dalam 40minutes . finally , jumpa jugak hotel. guess what , hotel dekat je sebenarnya tapi kita yang jalan jauh gila berpusing bagai . lesson learned ! tolong ingat jalan lepas ni. ahahahaha . done 1st day , amacam ? chill 2nd day panjang lagi ni cerita nya. 

okay jom kita proceed 2nd day, ayuhhh


DAY 2
Island hopping : 700 peso
crytal cove : 200 peso
sunset sailing : 200 peso
Boracay sand : 200 peso
coconut drink : 200 peso
cakes/ hot choc : 205 peso
beach fee : 20 peso
tips : 20 peso
                                                 
1725 peso

morning boracay , hari ni first activities kita island hopping, set dengan rizan nak jumpa dekat station 3 pukul 9:30 pagi. style rizan ni yang kita suka , dia punctual and dia akan guide kita sampai lah semua selesai. tapi dia tak follow skali la. cuma dia trusted ! kita ulang trusted. korang selalu baca kan review banyak penipuan dekat boracay . so kena berhati-hati yang tu. 

okay kalau korang ni malas nak jalan kita rasa better korang stay hotel dekat station 3, sebab nya boat and semua activities laut dorang buat dekat station 3.so takdela jauh sangat korang nak berjalan kan . macam kitaaaaa. hahahahaha . balik boracay rasa kecik je kaki sikit. hari-hari jalan jauh. hahaha okay dah jangan melalut.

untuk ke crystal cove, nanti naik boat macam ni. teruja kan tengok boat dia. tapi tak laju pun . so jangan takut okay. Chill je okay.

kita payung muka sendiri satu bersama peluh . hahaha . waktu ni tunggu nak naik boat. semua dengan partner and team. kita ? partner tunggu dekat malaysia mungkin. eh tak gurau je. hahahahaha

dari station 3 nak ke crystal cove dalam 15 minit macam tu. okay sampai je crystal cove ni korang kena bayar entrance fee dia tau . 200 peso . maksudnya yang kita bayar dekat rizan tu just untuk boat and lunch . entrance fee bayar lain. 

ni entrance dia . 
nasib baik la kita ni muka tak malu, mintak la tolong abang-abang Philippine dekat situ ambik kan gambar . pose ikut suka kita . dalam 10 gambar 2 je yang cantik. nasib badan la awak terbang sorang. 

sekitar crystal cove. cantik kan? time ni excited tapi tetiba sedih sebab tak boleh share dengan sape-sape seronok dia. yelah jalan sorang-sorang. happy tu sorang-sorang jela. hahaha . takpe Allah ade .


sebab ni la dorang panggil crystal cove, sebab nya boleh mandi dalam cove. cantikkan air dia. 
sorry gambar gegar, mintak tolong orang ambikkan since kita nya selipar licin. so takut jatuh. tak berani turun.  hahahah




belakang tu indonesian . kita nak ambik gambo dia pun sibuk nak ambik. pastu senyum-senyum. eh awak ni. hahahaha

orang boat akan stay dekat island ni 1hour plus minus, actually korang boleh pilih nak ke crystal cove ke Ariel's Point Boracay, dekat ariel point ni yang orang buat jump 80feet tu. pulau dia berdepan je. tapi dorang akan mintak pilih salah satu je. *try google pasal ariel's point tu. best jugak tau. 

untuk kita yang tak reti berenang ni memang kita pilih crystal cove la. hehehehe . 

okay lepas settle crystal cove, dorang akan bawak pergi lunch dulu dekat satu pulau ni . ape ntah nama nya . tak ingat . masa tu semua non muslim. kita je muslim. makanan dia of course la tak boleh makan kan . so decide makan buah and minum mineral je. (nasib baik perut baik tau, breakfast roti pagi tahan sampai lunch). 

lepas makan . semua dah kenyang. naik boat.  ke point yang seterusnya . ni yang dinanti-nantikan ni. 

island hopping la ape lagi. its snorkelling time.
EXCITED !!!! kita la orang paling excited okay since dah lama gila tak mandi laut. asyik mengeluh rindu laut je. sekarang laut depan mata , gila awak tak excited. hahahahaha

ambik pakej dengan rizan ni semua free, kalau baca blog lain dorang kan cakap snokelling equipment kena bayar kan . dengan pakej ni semua free. cuma kena bayar fee dalam 20peso. tak ingat untuk ape. 

dia punya excited ni susah nak cakap dengan laut dia aishhh excited habis. dengan kebiruan laut tu . aduh aduh aduhh. tapi excited sorang-sorang je la. simpan dalam hati je excited tu. 

kita belanja gambar banyak sikit. sorry kita mampu belanja gambar kita selfie je la . sebab nya tak ada sape boleh ambikkan gambar. hahahaha. 








jernih kan air laut dia ? serious excited. tapi kalau tanya dasar laut dia kita akan cakap krabi lagi cantik la dari sini. tapi boracay biru lagi air nya dari krabi. so masing-masing ade special dia. hehehe. so korang kena pergi la dua-dua. baru boleh rasa. lain orang lain pendapat kan. 

tengah seronok-seronok snorkelling . excited la kata kan. snorkelling ke sana ke sini, lupa la semua masalah . tiba-tiba

PLOOOOOOOOOPPPPPPOOOPPPPPPPPPPPP

to be continue.........



No comments:

Post a Comment