dulu aku persoal tuhan,
sekarang dijawab satu persatu kesemua soalan.
tuhan itu adil. tak pernah silap walau sekali.

kini aku persoal lagi tuhan.
kenapa begini jadinya ?
kenapa begini perasaan nya ?
kenapa begini ujiannya ?

aku tahu tuhan pasti jawab . cepat atau lambat
aku pasti ketemu jawapan nya.

perasaan kuat mencengkam aku.
kau hadir disaat aku mula bahagia.
apa tuhan sedang uji aku ?

iya . tuhan sedang uji aku
diuji nya aku untuk menilai intan dan permata.
untuk memilih rupa atau syurga
untuk memilih dia atau yang lama.
untuk setia atau terus menjunam ke lembah duka

jangan risau . hati aku kuat untuk dia
kerna dia tahu mana bahagia
yang aku cipta untuk dia
aku yakin setia aku itu tidak terbahagi dua.

setia aku itu tidak boleh dibeli dengan intan dan permata
namun akan musnah dengan satu tipu dunia

jangan ditipu aku walau sesaat dua
kerna nilai nya sama besar dengan setia.

ingat setia itu mampu hancur sekelip mata.
andai hati nya sudah terluka.

dia lupa aku ini manusia yang pernah dia guris hatinya,
DEE_

No comments:

Post a Comment