HATI

dasar nya nampak seolah aku melukakan kau
dasar nya nampak seolah aku keras
dasar nya nampak seolah aku yang cuba melepaskan

hakikat nya ?
aku bukak balik cerita kita dahulu
yang ketika aku hanya punya aku dan hati
melihat dan sayang kau dari jauh
waktu tu aku sakit
hancur juga hati aku
sedih juga hati aku
tapi aku bilang pada tuhan
hati ini perlu kuat
kerna dia yang terbaik aku akan punya
aku gapai sampai aku hilang ego
aku gapai sampai aku berjaya letak diri aku dalam jiwa kau

BAHAGIA,
ya bahagia
tuhan saja yang tahu bahagia nya bagaimana
tuhan saja yang tahu indah yang yang mana
aku syukur pada tuhan
di saat aku mula rebah dan redha
tuhan beri aku kau pada saat yang tepat
saat bila mana orang lain tolak aku rapat
sehingga hilang tempat bernafas

kita terus ke tahap kedua
tahap dimana kita ingin membina bahagia
aku terima semua dengan hati tebuka
kerna aku tahu kau mampu cipta bahagia
untuk aku , kau , kita dan semua.

mulanya nampak kita sama berusaha
namun makin hari,
aku rasa kau makin menduga,
namun pada mata manusia seolah aku yang menduga
seolah aku yang mencipta sengketa

pada manusia teruk nya aku,
yang memaksa kau untuk meninggalkan aku.

biar aku khabarkan ke semua
kenapa aku menduga semuanya
kerna kau berubah sekelip mata
semakin jauh kau dari jiwa
semakin gelap jalan cerita kita

pabila aku minta dilepaskan
kau bilang aku penambah rasa
yang membuat kau hilang semangat dan tekanan jiwa
kau ingat aku apa ?
manusia yang hanya tahu mencipta sengketa
hati aku mana letaknya ?
pabila aku bersuara kau ? menunding semua nya

aku tidak akan pernah berubah sekelip mata
aku berubah kerana kau sudah tidak seperti yang lama
yang aku percaya sepenuh jiwa
kau semakin meletak kan aku jauh dari jiwa.

jangan cakap kau mahu cipta bahagia bersama,
kerna yang ku rasa, hanya aku yg berusaha,
dari segi segalanya .
seolah aku seorang yang mahu mencipta bahagia kita bersama.
seolah aku yang memaksa kau untuk menerima semuanya.


kini aku minta kau pergi selamanya
namun kau letakkan aku punca semua nya
sekali lagi aku rebah dengan manusia
manusia yang aku sayang sepenuh jiwa
manusia yang aku tahu aku mampu bahagia
manusia yang dulu nya aku sanjung sepenuh jiwa
manusia yang aku letak cinta sepenuhnya.

aku rebah
aku hancur
aku derita
aku bilang ke tuhan ini kah balasan nya
setelah lebih dua belas purnama aku mencuba
ini kah balasan nya ?
cinta yang aku sudah rasa seperti sia-sia
seolah dipersiakan
diboneka kan tidak bernyawa
di hancurkan hatinya lebih dari dia pernah rasa

pergila manusia
andai kau sudah hilang rasa
pergi lah manusia
andai itu yang sebaiknya
bukan aku tidak cinta
bukan aku sudah tidak punya rasa
tapi aku juga punya jiwa
jiwa seorang perempuan biasa
yang sudah kau ragut rasanya

kenapa perlu pergi selamanya ?
kerna aku rasa aku punca kau hilang bahagia
kerna aku rasa aku membuat kau hilang jiwa

pergilah selamanya
aku izinkan kau pergi dari jiwa
biar aku merana meratap rasa
andai perpisahan ini yang tertulis untuk kita
bukan aku tidak cuba
bukan aku tidak lembutkan jiwa

tapi hati itu sudah kau bawah jauh rasanya
aku akur dengan semua nya
pergilah manusia
pergilah.


satu hari kau pasti jumpa bahagia
mungkin bukan dengan aku
mungkin dengan mereka yang tahu bahagia


aku ? biarkan aku disini saja
meratapi pemergian kau dengan hati yang terbuka
meratapi perjalanan aku yang tidak sampai penghujung nya

pergila jiwa
aku relakan kau pergi cinta
pergilah untuk bahagia,



aku menulis pabila aku sudah tidak punya kuasa untuk berkata-kata,
pada siapa aku harus luahkan rasa,
selain DIA yang esa.
Mungkin DIA ingin aku kembali kepadaNya
supaya aku tahu, tiada yang sehebat cinta padaNya.
maafkan aku manusia,
namun hati ku sudah hilang kekuatan nya.
hancur aku sudah seperti tidak punya serpihannya.
seolah hancur sepenuhnya. 

DEE_

No comments:

Post a Comment